Powered By Blogger

I'm Impian

I'm Impian

Bola sepak Sukan Asia: Kalah tapi mara ke pusingan kedua



14/11/2010 

GUANGZHOU 13 Nov. – Malaysia layak ke pusingan kedua acara bola sepak Sukan Asia walaupun tewas 0-3 kepada China pada perlawanan Kumpulan A di Stadium Bola Sepak Tianhe, di sini malam ini.
Namun, kejayaan bersejarah sejak 32 tahun itu dicemari dengan keputusan pengadil yang melayangkan tiga kad merah kepada pemain negara Mahalli Jasuli, Safiq Rahim dan S. Kunanlan.
Ini pastinya menambahkan lagi tempang skuad K. Rajagobal yang ke Guangzhou tanpa beberapa tonggak utama apabila menentang Iran, pukul 4 petang Isnin.
Walaupun menduduki tempat ketiga di belakang Jepun dan China dalam Kumpulan A, Malaysia layak ke pusingan kedua kerana tiga mata yang diperoleh hasil kemenangan 2-1 ke atas Kyrgyzstan pada Selasa lepas, membolehkan Malaysia berada di kedudukan terbaik berbanding negara di tempat ketiga dalam kumpulan lain.
Pada perlawanan itu, skuad negara terpaksa bermain dengan lapan pemain ‘angkara’ pengadil dari Australia, Ben Williams.
Walaupun terpaksa bermain dengan lapan pemain, skuad negara yang dibelenggu kecederaan, berjaya menyerap asakan pasukan China daripada membolosi gawang Malaysia dengan jaringan lebih besar. - Utusan


good luck!!!!


2 Responses So Far:

sweetcheezie said...

memang agak teruk pengadil tu...
btw, kita doakn semoga Msia dpt lakukan yg terbaik...^_^

zuzairi said...

teruk...makan gaji buta...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...