Powered By Blogger

I'm Impian

I'm Impian

"Dia" Pasti Tak Akan Kembali....


Selamat Tinggal Tahun 2010.......


pejam Celik je..dah cukup 365 hari...kejap je masa berlalu...
Tahun 2010 bagi Impian penuh dengan kenangan manis dan kenangan pahit...
Ape ye kenangan manis???
Byk sgt nk cite...letih le Impian nk taip he3...
Kenangan pahit plak..
ntah...tak nak cite le....ha3.....

Pasal azam tahun 2010..ade yang capai..dan ade yang x capai...
yang x capai xpe le...terus kan untuk tahun berikutnya...he3...

Ape2 pun tahun 2010 banyak maknanya....
Sedih plak nk tinggal tahun 2010...tapi nak buat macam mn...
harapan tahun 2010 menjadi pertunjuk untuk tahun 2011...



Tahun 2010 dalam kenangan!!!






Award..




Impian dpt award...cam x caye je....


Terima kasih le kepada Dina (K.long).....
Walaupun blog Impian nie bise je...
he3...
Kepada blogger yang lain...buat le blog anda cantik-cantik...
he3...

Malaysia juara Piala Suzuki AFF 2010


Malaysia berjaya menjuarai Piala Suzuki AFF 2010 mengalahkan Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, Indonesia. Kemenangan Malaysia itu diperoleh selepas berjaya mengatasi Skuad Garuda dengan agregat 4-2.
Pada perlawanan malam ini, Malaysia memperoleh gol pertama melalui Safee Salee pada minit ke-54 saingan separuh masa pertama, manakala Indonesia berjaya mendapat satu gol hasil sumbangan Mohammad Nasuha (m-72) dan gol sendiri pemain Malaysia, Mohamad Muslim Ahmad (m-88). Paling menarik malam ini, sepakan penalti Firman Utina berjaya dihentikan oleh penjaga gawang negara, Khairul Fahmi Che Mat. Terdahulu pada aksi peringkat pertama perlawanan akhir di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Malaysia menang 3-0. - Utusan




Impian mengucap tahniah pasukan Malaysia....
Kaya le pemain Malaysia lepas ini....

Harap2 Pasukan bimbingan Rajagobal berjaya pada masa akan datang....


JANGAN LUPA HARI JUMAAT CUTI UMUM!!!
Mesti ade kenduri he3...

Malaysia Menang Pusingan Pertama....


Malaysia menang selesa 3- 0 ke atas Indonesia pada perlawanan akhir pertama Piala Suzuki AFF di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini malam ini. Gol-gol Malaysia hasil dua jaringan oleh Safee Sali manakala satu gol lagi daripada Anshari Shamsuddin. Perlawanan akhir kedua akan berlangsung di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta Rabu ini - Utusan


Tahniah untuk Malaysia....
Harap-harap dapat kekal kan prestasi....
Tapi..para penyokong Malaysia perlu profesional le eh....
Jgn le main mercun...Bahaye tu....Kalo kena kt V.I.P kt stadium tu....
Kecoh...sejarah hitam pulak t...


Tahniah untuk Noorshahrul Idlan Talaha..kerana memberi umpan yang terbaik sekali....
Syabas...

Chayok2 masa di Indonesia....




Ronda-Ronda Muzium Losong


Masa terluang ini le..Impian jalan-jalan...cuti-cuti Malaysia...he3..
Tempat menarik dan tertarik adalah MUZIUM LOSONG....
Nak tahu tak....Muzium nie...Terbesar di Malaysia...
Bangganya jadi rakyat Terengganu......he3..


Cuba tengok peta di atas..besar ke tak...he3..mesti le...
Impian pergi dengan family Impian...he3...


Impian pergi Muzium bukan tengok barang2 antik...
tapi...ade pameran...nak tahu ke pameran ape????


Ini le..pameran dia..he3....
Sory le kawan2...dlm muzim x dpt amek gambar...curi2 bleh...ki3...


Besar btul kepala ular 2...tp..tak tkot pun...ki3..


Ini pertunjukkan ular tedung selar...berani betul budak2 tu...


Ini pulak gambar ikan buaya...hidup taw...he3..dapat curi 1 gamabr je...

Sekian...

Kemalangan Bas Lagi : Nahas bas terburuk negara


KEMALANGAN maut yang membabitkan bas persiaran Thai di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands, pagi tadi kini meningkat kepada 27 orang. Ketika nahas, bas itu membawa 37 orang dengan 34 pelancong Thai manakala tiga lagi rakyat tempatan. - Foto Berita Harian

Tragedi Kemalangan Bas 

KUALA LUMPUR: Kemalangan bas di Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai, hari ini yang meragut 28 nyawa adalah yang paling dahsyat dalam sejarah negara.

Dalam nahas pada 11.10 pagi tadi, 22 orang mati di tempat kejadian, empat meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital dan dua lagi di Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh.
Kemalangan terburuk melibatkan sebuah pas sebelum ini berlaku pada 13 Ogos 2007, apabila 20 orang terbunuh dan sembilan cedera di KM229 Lebuh Raya Utara-Selatan, di Bukit Gantang dekat Taiping.
Berikut kemalangan bas yang berlaku tahun ini, tidak termasuk nahas pagi tadi.

16 DIS -- Empat kakitangan Jabatan Penjara Tawau terbunuh apabila bas jabatan itu terbabas lalu terjatuh dalam gaung di Kampung Moyog, 35 kilometer dari Penampang dekat Kota Kinabalu.

14 DIS -- Seramai 14 orang pekerja kilang cedera apabila bas kilang yang mereka naiki terbabas lalu terbalik di Km 156.2 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Nibong Tebal, Pulau Pinang, selepas bergesel dengan sebuah treler yang turut terhumban ke dalam parit.

11 DIS -- Tiga pelajar Institut Kemahiran Mara Jasin, Melaka parah apabila bas yang mereka naiki terbabas dan terbalik di kilometer 304.5 Lebuhraya Utara Selatan, dekat Gopeng, Perak.

4 NOV -- Seorang maut dan dua cedera parah selepas bas ekspres yang mereka naiki terbabas sebelum terbalik ke dalam sebuah tali air di Kampung Sungai Miang, di km20 Jalan Pekan-Nenasi, Pahang.

29 OKT -- Tujuh penumpang maut dan 39 cedera termasuk 17 parah apabila sebuah bas terlibat dalam kemalangan di KM36 Lebuhraya Karak ke Kuala Lumpur.

10 OKT -- 13 penumpang maut dan 40 cedera apabila bas ekspres terlibat kemalangan di KM223 Lebuhraya Utara-Selatan menghala ke utara berhampiran Plaza Tol Simpang Ampat-Rembau.

2 SEPT -- Lapan belas orang cedera apabila bas persiaran yang dinaiki terbabas dan terbalik di Km 35.1 Lebuhraya Karak-Kuala Lumpur.

27 OGOS -- Seorang pemandu bas ekspres terbunuh manakala tiga cedera parah dan enam cedera ringan apabila bas yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan di Km306.2 Lebuhraya Utara-Selatan.

17 APRIL -- Seorang penumpang patah tulang rusuk manakala enam yang lain cedera ringan apabila sebuah bas ekspres yang dalam perjalanan dari Johor Baharu ke ibu negara terbabas di KM32 Lebuh Raya Utara-Selatan, dekat Kulai Jaya, Johor.

20 MAC -- 40 penumpang sebuah bas ekspres nyaris maut apabila kenderaan berkenaan terbabas dan terperosok ke dalam tali air di Km 42 Jalan Kuantan-Kemaman.

4 FEB -- 15 penumpang bas Ekspres Konsortium yang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur nyaris maut selepas bas berkenaan melanggar dua kenderaan lain di Plaza Tol Sungai Dua, Pulau Pinang. - BERNAMA

-Berita Harian-

Malaysia mara ke final Piala Suzuki AFF


Malaysia melayakkan diri ke perlawanan akhir bola sepak Piala Suzuki AFF buat kali pertama dalam tempoh 14 tahun selepas terikat 0-0 dengan Vietnam pada separuh akhir kedua di Stadium Nasional My Dinh, Hanoi sebentar tadi untuk layak dengan agregat 2-0. - Utusan

FEEL FREE TO FLY CONTEST : BARANGAN BODY SHOP UNTUK DIMENANGI





contest ini dijemput oleh mangges..me kasih terasa nk join plak..he3..me kasih manggis...me kasih kakak..curi ayat kakak ha3

......................................................................................................................................

okey ini contest lompat-lompat
"FEEL FREE TO FLY CONTEST"
menarik untuk di join...

syarat-syarat yang harus dipatuhi
1.become follower http://falihinjasmy.blogspot.com/---done

2. buat satu entry tentang "FEEL FREE TO FLY CONTEST : BARANGAN BODY SHOP UNTUK DIMENANGI" ----done

3.banner contest yang style----done


4. gambar yang impian taruhkan



5. caption dalam tiga perkataan----done
"everyone can fly"

6. hadiah menarik menanti pemenang


1 x 1st Prize : Barangan THE BODY SHOP bernilai RM100.00

1 x 2nd Prize : Barangan THE BODY SHOP bernilai RM 60.00

1 x 3rd Prize : Barangan THE BODY SHOP bernilai RM 40.00


6. tag kepada tiga blogger yang lain---done


7 . banner contest dekat side bar---done
(dlm banner impian)


Piala Suzuki AFF: Malaysia kalahkan Vietnam 2-0


Penyerang, Mohd. Safee Mohd. Sali muncul wira selepas menjaringkan kedua-dua gol ketika skuad negara menundukkan Vietnam 2-0 pada perlawanan separuh akhir pusingan pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini malam ini. Gol-gol tersebut dijaringkan pada babak kedua perlawanan, sekali gus mencerahkan peluang anak buah K. Rajagobal untuk melangkah ke peringakt akhir kejohanan tersebut. Malaysia dan Vietnam akan bertemu lagi pada separuh akhir kedua yang akan dilangsungkan di Hanoi, Sabtu ini. - Utusan



Gol Pertama Malaysia...


Gol kedua Malaysia...




Mula2 IMPIAN tgk cemas jgk....msia mcm x leh mkn je.........
tp..separuh masa kedua,, ade peningkatan....
syabas untuk MALAYSIA....
Harap2...dapat kekal momentum di Hanoi....he3.



MAJU SUKAN UNTUK NEGARA

Selamat datang kampungKU....



14hb..
Impian br blik kampung....ha3...
Kampung Impian kat terengganu...Kg Gong datok....
Pnat...xde le pnat sgt...
Wlaupun drive kereta dari Johor hingga Terengganu...
Dalam perjalanan, Impian dan sekeluarga singgah umah sedara kat kemaman....
Dah lama sangat tak jeguk...cuma lalu je...

Selamat Datang KampungKU.....

sekian dari IMPIAN

Projek Mencari Puteri Gunung Ledang


Masa cuti ini le....IMPIAN amik kesempatan tuk sertai PMPGL he3......
Projek ini simple je....1 hari dh siap discussion ki3...
PMPGL ini adalah program mandi manda atau berkelah...
dalam bahasa org putih..PICNIC..ha3..
IMPIAN dan kawan2 berkelah di Air Terjun Gunung ledang  
Yang join PMPGL ini sebayak 7 buah kereta....
kalo 4 orang sebuah kereta...darab le....
28 org kan.....termasuk IMPIAN he3....
Yuran PMPGL ini hanya RM 5 je....ha3...murah sgt...
tapi puas hati taw IMPIAN pergi...
Org kate X rugi le.....
Jom tgk Bingkisan PMPGL kali ini..............

Ini group PMPGL...

IMPIAN dan Daus..

Dah sampai..YEA!!

Main air sampai masuk air...ha3.

Barbeque...Sedapnye...time nie ramai org curi..buat2 rajin bakar...

Keseronokan terpancar...



Jumpe tahun 2011 dengan program yang lebih menarik he3...



Hujung ASIA !!!!!


Di kesempatan abis je periksa....
IMPIAN pun merancang tuk jalan-jalan.....he3...
Ini salah satu tempat IMPIAN pergi iaitu....HUJUNG ASIA...
nak tahu tempat ape...???
Tempat ini adalah Tanjung Piai, Pontian............
Paling hujung Tanah Besar Asia taw...
Patut berbagga...he3..
IMPIAN pergi bersama CAHAYA he3....




Hati-hati kawan2 bila sampai di sini....
Banyak kera (monyet)....
tapi kera ni x ggu korg...kalo korg x ggu die....
tapi lagi....jangan bawak makanan...ha3..padah nanti...


Ini arah anak panah menunjukkan tempat2..porpular di dunia dengan jarak sekali taw...
contohnya...Kuala Lumpur,Singapore,London,New York,New Delhi dll......he3

Di sini IMPIAN mengucapkan jutaan terima kasih kepada Akmaluddin Yunos kerana bagi pinjam kereta...

THANK YOU SO MUCH

Pelajar UiTM maut kereta bergesel





MACHANG – Seorang penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Selangor terbunuh manakala enam yang lain cedera selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Kilometer 46.8, Jalan Kota Bharu- Kuala Krai di Kampung Kemuning di sini semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 6 pagi itu, mangsa, Ahmad Muzaffar Abdul Rahman, 23, (gambar kecil) dari Kampung Beris Kubur Besar, Bachok dekat sini meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan teruk di kepala selepas tercampak keluar dari kereta jenis Perodua Myvi yang dinaikinya bersama kakak dan abang iparnya.
Pada masa kejadian, keadaan jalan masih gelap dan licin kerana hujan renyai-renyai.
Ketua Polis Daerah Machang, Deputi Supritendan Abdul Malek Bedol berkata, pada masa kejadian kereta Myvi yang dipandu abang ipar mangsa, Mohamad Firdaus Hajan, 23, berlanggar dan bergesel dengan sebuah kenderaan jenis sama dari arah bertentangan yang hilang kawalan selepas cuba memotong sebuah lori.
“Tiga buah kenderaan lain iaitu sebuah kereta jenis Subaru, Proton Wira dan lori yang datang dari arah sama dengan kenderaan yang dinaiki mangsa telah berlanggar sesama sendiri untuk mengelak dari dirempuh Perodua Myvi yang hilang kawalan tersebut.
“Kejadian itu menyebabkan mangsa tercampak keluar dari kereta dan mati di tempat kejadian,” katanya.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Di mana akan ku cari ganti...


Sedekah Al-Fatihah kepada arwah aja (Ahmad Muzaffar)


Dia merupakan kawan karibku...kawanku ini meninggal dunia disebabkan 
kemalangan jalan raya awal pagi tadi...
Dah lama kami x bersua...
semoga rohnya dicucuri rahmat.....

Moskot Impian



sekarang....IMPIAN memperkenalkan moskot IMPIAN hehehe...
Secara rasminya pada saat ini...
baik punye taw....
Nama diberi adalah IMPIAN...he3

Logo IMPIAN



Ini skill IMPIAN ade....he3...
isi masa terluang ni.....
buat logo animation...
IMPIAN belajo dari matdin....
kawan2 try le......
bukak blog matdin...

selamat mencuba!!

Minggu ke 2 exam..




akhirnya...IMPIAN leh bersuke ria....ha3....
exam dh abis....ki3
Minggu ini exam mcm kaw2....payah btul...
tapi alhamdulillah IMPIAN jawab dengan tenang...

lepas ni tggu result je le....
lepas ni jugak IMPIAN leh rehat................
tp....
IMPIAN  kena bt PSM 2...huhu...
oke le...itu saje tuk minggu nie...

yang benar IMPIAN he3...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...