Powered By Blogger

I'm Impian

I'm Impian

Pelajar UiTM maut kereta bergesel





MACHANG – Seorang penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Selangor terbunuh manakala enam yang lain cedera selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Kilometer 46.8, Jalan Kota Bharu- Kuala Krai di Kampung Kemuning di sini semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 6 pagi itu, mangsa, Ahmad Muzaffar Abdul Rahman, 23, (gambar kecil) dari Kampung Beris Kubur Besar, Bachok dekat sini meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan teruk di kepala selepas tercampak keluar dari kereta jenis Perodua Myvi yang dinaikinya bersama kakak dan abang iparnya.
Pada masa kejadian, keadaan jalan masih gelap dan licin kerana hujan renyai-renyai.
Ketua Polis Daerah Machang, Deputi Supritendan Abdul Malek Bedol berkata, pada masa kejadian kereta Myvi yang dipandu abang ipar mangsa, Mohamad Firdaus Hajan, 23, berlanggar dan bergesel dengan sebuah kenderaan jenis sama dari arah bertentangan yang hilang kawalan selepas cuba memotong sebuah lori.
“Tiga buah kenderaan lain iaitu sebuah kereta jenis Subaru, Proton Wira dan lori yang datang dari arah sama dengan kenderaan yang dinaiki mangsa telah berlanggar sesama sendiri untuk mengelak dari dirempuh Perodua Myvi yang hilang kawalan tersebut.
“Kejadian itu menyebabkan mangsa tercampak keluar dari kereta dan mati di tempat kejadian,” katanya.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.


0 Responses So Far:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...